Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang di kau janjikan nikmat untuk hambanu
Sahabatku akan kuterus perjuangan ini
Walauku tahu kau tiada disisi……
Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati…..
Tak dijangka air mata ini menitis bila menghayati lagu ini, sesungguhnya dirimu terlalu mulia wahai sahabatku dan aku tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi rengekan dari permata hatiku, Nur Solehah yang merupakan benih cintaku dan suamiku, Hafiz. Nama itu juga sempena nama sahabat karibku yang pernah mengisi kebahagiaan hidupku di dunia ini. Sesungguhnya diriku amat bahagia dengan kehadiran dua insan ini kerana merekalah pengubat rindu dan sepiku. Sudah empat tahun peristiwa ini berlaku tetapi ia akan sentiasa mekar dalam ingatanku kerana itu adalah memori suka duka ku menempuh kehidupan di bumi yang fana ini. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah qada’ dan qadar dariNya. Sahabat itu wujud dari satu pertemuan yang tidak dijangka dengan sepuluh pertanyaan. Seratus kenyakinan dan seribu kali pergorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan ALLAH. Moga dirimu bahagia di sana dan rohmu dicucuri rahmat.
- TAMAT -
>>> EpiSod SeBeLuMnYeR :::::
KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 1 ✿
KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 2 ✿
KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 3 ✿
Nota Kaki: Cerpen ini mis anna tulis masa tingkatan 5 (2003)..so gaya bahasa masih mcm kanak2 baru belajar :)
No comments:
Post a Comment