(◕‿◕) ♥ HaTi iNi ♥ (◕‿◕)

˙·٠●♥...... ˙·٠Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu... kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki...•●♥

Si Ch0MeL Yg KiUt - MiUt

MyEm0.Com MyEm0.Com ::KLIK BANNER UNTUK BUAT DUIT DENGAN MUDAH:: MyEm0.Com MyEm0.Com
Showing posts with label MyCeRPeN. Show all posts
Showing posts with label MyCeRPeN. Show all posts

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 4 ✿

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang di kau janjikan nikmat untuk hambanu
Sahabatku akan kuterus perjuangan ini
Walauku tahu kau tiada disisi……

Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati…..


Tak dijangka air mata ini menitis bila menghayati lagu ini, sesungguhnya dirimu terlalu mulia wahai sahabatku dan aku tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi rengekan dari permata hatiku, Nur Solehah yang merupakan benih cintaku dan suamiku, Hafiz. Nama itu juga sempena nama sahabat karibku yang pernah mengisi kebahagiaan hidupku di dunia ini. Sesungguhnya diriku amat bahagia dengan kehadiran dua insan ini kerana merekalah pengubat rindu dan sepiku. Sudah empat tahun peristiwa ini berlaku tetapi ia akan sentiasa mekar dalam ingatanku kerana itu adalah memori suka duka ku menempuh kehidupan di bumi yang fana ini. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah qada’ dan qadar dariNya.  Sahabat itu wujud dari satu pertemuan yang tidak dijangka dengan sepuluh pertanyaan. Seratus kenyakinan dan seribu kali pergorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan ALLAH. Moga dirimu bahagia di sana dan rohmu dicucuri rahmat.

Nota Kaki: Cerpen ini mis anna tulis masa tingkatan 5 (2003)..so gaya bahasa masih mcm kanak2 baru belajar :)

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 3 ✿

“ Solehah hanya anggap Hafiz itu seperti abangnya lagipun Hafiz adalah sepupunya. Solehah tidak menyimpan apa-apa perasaan pun terhadap Hafiz, Solehah sayangkan Anis. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku”. Semakin teresak-esak aku menangis bila mendengar pengakuannya. Solehah telah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuanku. Aku meraung. Oh sungguh mulia hatimu sahabat, kerana dirimu sanggup mengorbankan nyawamu untuk menyelamatkanku. Ku rasakan dunia ini tidak berguna lagi sejak kehilangan sahabat karibku, Solehah. Selepas kejadian itu, aku hidup dengan penuh rasa bersalah namun ada insan yang datang memberi kata-kata semangat dan nasihat kepadaku. Katanya yang pergi takkan kembali lagi kerana dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali. Sejak hari itu hubungan aku dengan Hafiz menjadi semakin akrab. Kepadanya ku luahkan segala masalah dan kedukaanku kerana kehilangan teman istimewa.

            Pada suatu hari, Hafiz menghadiahkan satu sampul surat kepadaku. Katanya surat itu khas untukku daripada arwah Solehah. Solehah memberi kepadanya supaya menyampaikan surat ini kepada Anis. Dengan terketar-ketar aku membuka surat itu dan aku membaca dengan teliti apa yang dilakar di lembaran putih itu.  



Assalamualaikum…untuk sahabat karibku yang tersayang, Anis Aleya Maisarah

Eha tidak mampu berdepan dengan Anis untuk memberitahu berita ini kerana hubungan kita semakin hari semakin renggang. Mengapa dirimu semakin menjauhi diriku. Entah dimana silapku? Adakah Eha pernah menyinggung perasaan Anis? Bertubi-tubi soalan ini menganggu benak fikiran Eha. Pernah Eha tanyakan Anis tapi jawapannya terlalau mengecewakan Eha. Oh teman! Jika diri ini bersalah maafkanku. Janganlah seksa diri ini. Eha tak sanggup menghadapi kerenggangan hubungan kita yang telah lama teguh berdiri. Eha ada berita sedih ingin memberitahu dirimu tapi tidak berkesempatan. Sebenarnya Eha hanya mampu hidup dalam masa yang pendek kerana Eha disahkan menghidap barah otak ditahap yang kritikal. Hanya lakaran ini yang mampu Eha pada Anis. Terima kasih kepada Anis kerana memberi anugerah yang amat berharga pada Eha iaitu memori persahabatan yang tetap kekal abadi dalam hati Eha.


Salam sayang dari sahabatmu,
                                                                                                                      Solehah

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 2 ✿



Assalamualaikum…Solehah
Diri ini sudah lama meminatimu dari jauh
Peribadimu, akhlakmu sungguh memikat hatiku
Sudikah sekiranya dirimu mengisi kekosongan hati ini.
Hafiz

Aku terdiam seketika selepas membaca surat itu. Siapakah gerangan lelaki ini? Adakah Hafiz yang sama dengan orang yang aku cintai dulu. Surat yang ku baca tidak ku beritahu pada Solehah. Ketika pulang dari kuliah bersama Solehah, dia memberitahuku supaya pulang terlebih dahulu kerana dia ada urusan yang ingin di selesaikan. Aku tidak terus pulang, tapi aku mengekori ke mana Solehah pergi. Terkejut bukan kepalang, apabila apa yang ku sangkakan selama ini benar belaka. Lelaki yang bernama Hafiz adalah orang yang sama dengan orang yang aku cintainya. Betapa sedih hati ini bila mengetahui berita ini. Rupanya Hafiz menolak cintaku kerana sahabat baikku, Solehah. Sejak peristiwa itulah aku menyimpan dendam terhadap Solehah kerana merampas cintaku. Bagiku Solehah itu hanya baik diluar tapi hatinya busuk.

            Aku tidak lagi rapat dengan Solehah. Aku selalu menjauhkan diri darinya. Hubungan persahabatan kami menjadi renggang. Solehah sering bertanyakan tentang perubahan sikapku namun aku tidak mengendahkan pertanyaannya. Ku anggap dirinya tidak wujud dalam hidupku. Kerana seorang lelaki hubungan kami menjadi renggang. Ah, terlalu rapuhnya tugu persahabatan yang kami bina, runtuh kerana perasaan benci. Terlalu berdosa diriku kerana menyeksa Solehah yang tidak tahu punca mengapa aku membenci dirinya. Perasaan dendamku terhadapnya semakin membara apabila aku mendengar ura-ura yang hubungan dia semakin rapat dengan Hafiz. Kalau dulu aku anggap Solehah kawan karibku tapi kini dialah seteruku.

            Pada suatu hari ketika berjalan seorang Solehah datang memanggilku. Aku tidak mempedulikannya dan terus berjalan. Tapi dia datang menahanku. Dia bertanyakan tentang perangaiku yang sudah berubah.
“ Anis, kenapa ni sejak akhir-akhir ini Anis suka menjauhi diri dari saya. Saya ada buat salah apa-apa ke ada perkara yang menyinggung hati Anis”, tanya Solehah dengan lembut.
Aku menjawab, “ huh, tak ada apa-apa la, saya okey je.
“Tolong la jangan seksa Solehah macam ni, bagitau la jika saya ada buat salah”, tanya Solehah lagi.
Aku menjawab dengan kasar, “ aku yang seksa ko ke atau ko yang seksa aku. Ko tu perampas kebahagiaan orang lain. Kerana ko la Hafiz menolak cintaku
Ketika bercakap Anis tidak sedar yang dirinya berada di tengah jalan. Dan tiba-tiba sebuah kereta yang di pandu laju menuju ke arahnya dan dirinya ditolak oleh Solehah. Kejadian itu berlaku sekelip mata dan dummm… kedengaran bunyi rempuhan dan terbaring sekujur tubuh yang kaku dan berlumuran darah di tengah jalan.

            Aku memandang sekujur tubuh itu dan menjerit nama Solehah.. jasadnya berlumuran darah ku pangku. Pada masa itu kurasakan air mataku berderai jatuh umpama mutiara yang terputus dari rangkaiannya. Aku memeluk Solehah. Nafasnya tersekat-sekat dan dia sempat berkata sesuatu kepadaku,.....

♥ BeRSaMBuNg >>>>


KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 1 ✿

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI ✿ 1 ✿


Malam semakin merangkak tua. Bintang- bintang bertaburan menghiasi malam yang sepi. Embun- embun pagi mula menitis menyirami malam yang begitu kelam. Sekelam hatiku di kala ini. Aku memandang sekeliling, kelihatan permata hatiku sedang lena diulit mimpi dalam buaian. Entah mengapa, begitu sukar untukku melelapkan mata walau untuk sesaat cuma. Bertemankan lampu neon yang malap, dan dendangan lagu nasyid dari radio IKIM.fm oleh kumpulan Hijjaz bertajuk Kau Sahabat Kau Teman telah mengingatkan diriku tentang satu kisah yang menyayatkan hati. Otak enigmaku menerawang jauh melewati daerah- daerah luka yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. Aku merupakan anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang hidup bahagia dan gembira. Oleh kerana aku satu-satunya anak mereka diriku telah dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh bertuah hidupku kerana segala kemahuanku akan dipenuhi dan diriku bebas sebebasnya umpama bebasnya burung-burung yang terbang di awangan. Mama dan papa menjagaku dengan memberi didikan agama yang sempurna serta asuhan yang baik. Namun hati remaja, inginkan kebebasan dan hidupku terlalu sosial hingga tidak mengendahkan segala nasihat mama dan papa. Nasihat mereka hanya umpama mencurah air ke daun keladi. 

Aku suka memakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat dengan membiarkan terdedah sana dan sini. Bagiku itu adalah kebanggaanku dengan mendedahkan kecantikkanku untuk di lihat oleh sesiapa pun. Padahal aku tahu itu satu dosa besar jika tidak menutup aurat kerana aku merupakan salah seorang pelajar di sekolah agama. Selain itu, aku berfoya-foya dengan member-memberku yang suka melepak di pusat membeli belah. Setiap hari yang aku lalui hanya membuang masa dengan member-memberku. Pernah sekali papa marah kepadaku kerana perangaiku yang semakin menjadi-jadi, kerana pada hari itu aku menengking mama kerana tidak memberikan duit poket untukkku. Segala kemarahan papa itu aku tidak endahkan kerana aku tahu kemarahan papa sementara sahaja kerana mama dan papa terlalu menyayangiku. 

Setahun selepas itu, aku mendapat tawaran ke melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kecemerlanganku dalam SPM iaitu di Universiti Teknologi MARA. Betapa gembiranya hati ini dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Kegembiraan ini ku kongsi bersama dengan mama dan papa. Di universiti aku tinggal dengan seorang teman yang bernama Nur Solehah. Dia memang terlalu baik dan warak. Perkenalan yang singkat dengannya telah membuahkan bibit-bibit ikatan persahabatan. Kerana dia jugalah aku telah berubah. Kini aku tidak lagi memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan aku menjaga segala peribadiku. Dia banyak menasihati dalam soal agama. Aku bahagia menjadikannya sebagai teman istimewa dalam hatiku. Dia merupakan orang ketiga yang aku sayangi selepas papa dan mama. Mama dan papa pun gembira dengan perubahanku. Terima kasih sahabat, keranamu ku kenal jalan yang benar. Persahabatan kami umpama sepasang kekasih. Dimana aku berada mesti Solehah disisiku. Hinggakan ada yang dengki dengan hubungan akrab kami. Hubungan kami bertambah akrab kerana 2 tahun kami tinggal bersama. Suka dan duka telah kami kongsi bersama. Seperti kata perumpamaan “ Berat sama dipikul dan ingan sama dijinjing”. 

Pada suatu hari, ketika pulang dari perpustakaan aku terlanggar seorang lelaki dan barang yang ku bawa bertaburan jatuh. Aku mengutip balik barangku dan meminta maaf. Aku memandang sekilas lelaki itu dan terus berlalu. Tanpa aku sedari dompetku yang terjatuh telah tertinggal. Senyuman lelaki itu telah menarik minatku. Senyumannya membuat hatiku menjadi tenang dan berdebar-debar. Adakah ini cinta pandang pertama? Seharian aku mencari dompetku yang hilang. Akhirnya, aku menerima satu panggilan dari orang yang tidak dikenali yang ingin berjumpa untuk memulangkan barangku. Aku tidak menyangka yang dompet aku telah di kutip oleh lelaki itu semasa aku tertinggal. Sejak hati itu aku dapat mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Namanya Hafiz dan juga merupakan salah seorang senior aku. Aku senang dengan sikapnya yang pandai mengambil hati dan tutur katanya yang penuh budi bahasa. Dalam diam aku mula menyukainya. Kata orang dari mata turun ke hati. Tapi aku tidak memberitahu kepada sesiapa perasaanku ini. Biarlah hanya diriku dan Allah yang mengetahuinya. 

Cuma kepada Solehah, aku ceritakan yang aku meminati seorang lelaki yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamanku tapi aku merahsiakan empunya diri. Hidup aku bertambah ceria dengan angan-angan yang ku cipta sendiri. Hanya hatiku yang tahu perasaan hati ini. Bila ditanya oleh Solehah aku akan mengelak untuk memberitahunya. Kataku suatu hari nanti akan ku kenalkan kepadanya. Hubungan aku dan Hafiz makin akrab dan satu hari aku dengan beraninya meluahkan perasaan yang aku meminati dirinya. Tidak sanggup lagi ku tahan perasaan ini. Walaupun malu namun aku beranikan diri. Dia hanya diam dan terkejut dengan luahan isi hatiku. Dia tidak menjangka yang aku mencintainya. Keesokkan hari, Hafiz memberi jawapan yang mengecewakan hatiku, dia menolak cintaku. Katanya hatinya sudah di isi dan dia menganggapku hanya sekadar teman biasa. Aduh sungguh pilu hati ini bila cinta ditolak. Hatiku hancur umpama kaca yang dihempas ke batu. Kepada sahabatku, Solehah ku luahkan rasa sedih ini dan kuceritakan segala-galanya. Dia menenangkanku mungkin bukan jodohku. Jadi perkara itu aku cuba untukku untukku walaupun terlalu perit untukku hadapi. Mungkin aku dan Hafiz tidak ditakdirkan untuk bersama. 

Namun pada suatu hari, aku terjumpa sekeping surat di dalam bilik dan tanpa disengajakan aku terbaca surat itu........

♥ BeRSaMBuNg >>>>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tiny Hand Purple Bow Heart

Di BaWaH TaJuK:

COPYRIGHT©ALL RIGHT RESERVED BY ::MISANNAZUS 2012::