(◕‿◕) ♥ HaTi iNi ♥ (◕‿◕)

˙·٠●♥...... ˙·٠Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu... kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki...•●♥

Si Ch0MeL Yg KiUt - MiUt

MyEm0.Com MyEm0.Com ::KLIK BANNER UNTUK BUAT DUIT DENGAN MUDAH:: MyEm0.Com MyEm0.Com
Showing posts with label HaTi BeRBiCaRa. Show all posts
Showing posts with label HaTi BeRBiCaRa. Show all posts

:: ERTI HIDUP ::

 
 
Kita pernah "DILUKAI" dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi

 kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

♥ Kita pernah "DIBOHONGI"  dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi 

dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.


♥ Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..


iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.


♥ Hidup adalah proses,


♥ Hidup adalah belajar.


♥ Tanpa ada batas umur,


♥ Tanpa ada kata tua


Bila kita JATUH, berdiri lagi...............
Bila kita KALAH, mencuba lagi............
  Bila kita GAGAL, bangkit lagi.........


♥ Sampai Allah memanggil:


♥ "Waktunya PULANG"




 notakaki::** gunalah kehidupan didunia ini untuk meraih kebahagiaan di akhirat sana..

:: REALITI DIRIKU ::

 
 
 
 Diri ini hanya gadis biasa
Yang tidak punya apa
Masih bertatih mencari redha
Masih mentafsir erti bahagia..

Tidak bergaya
tidak mesra
dan kadangkala
tidak ambil peduli apa kata orang padanya
Hidup bukan untuk membuat orang suka
kerana REDHA ALLAH bukan redhanya manusia
Jika ku leka, Tegurlah
Jika ku lupa, Ingatlah
Jika ku alpa, Nasihatlah 
 
Kerana
 
Aku hanya gadis biasa dan tidak mungkin sempurna......
 
 


:: KENAPA::



Kenapa?

Kenapa tanganku gementar bila saat ingin mengangkat panggilan darinya..

Kenapa hatiku berdebar-debar bila mendengar salamnya

Dan Kenapa jantungku berdegup kencang saat mendengar bicaranya

Nape la sifat gelabahku tiba-tiba muncul…alamaks……………

Apesal gabra sgt nie…c00l la hahahaha
 
Ya ALLAH……
Apakah petanda semuanya ini….Ku mohon d0a padaMU moga permudahkan segalanya….


Ya ALLAH:: Setiakan diriku denganMU




 
Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dalam diri...

Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah...
Bila menangis tidak siapa yg tahu..Semuanya demi maruah diri...

Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak...

Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan,jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah Azza Wa Jalla yg sedang diuji oleh-NYA.
** Mohon Ya ALLAH permudahkan segalanya.....
Masih ada ALLAH tempat bergantung........
(^_______________________________^)

Kena selalu ingat tuu...
Baru jadi macam ni :)
Bukan macam ni :'( ataupun macam nie :(



 
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita

Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang

Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku

Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi

Ku ingin hidup bahgia bersama mu






** Video ini membuatkan saya sungguh terharu & mengalirkan airmata... Ya ALLAH, pertemukan diriku seseorang yang mencintaiku hanya keranaMU.....






Mencari Bakal Imamku..




 
 
 
Kalau diri ini tiada rasa malu
Akanku melamar dirimu
Menjadi bakal imamku
Tapi itu sekadar bergema dalam diriku

Andai bisa ku luahkannya
Adakah kau anggap ini gurauan
Katamu ku suka bergurau
Walaupun ada butir bicaraku
Serius di pendengaranmu

 
 
 
 

Just Stay Who U Are?



...ASSALAMUALAIKUM CINTA...


Ku pernah kesunyian,
Tapi muncul dia yang merungkaikan kesedihan itu
Munculnya saat yang amat memerlukan
Yang menjadikan
Hidup ini indah, berseri dan bermakna
Bersyukur padamu Ya ALLAH….
Pertemukan diriku dengan dirinya
Walaupun secara tak sengaja…

Hidup penuh harapan
Dengan impian kita bina bersama
Walaupun dirimu nun jauh di sana
Hari-hari kita penuh bahagia

Tapi di mana silapnya
Saat kita saling mempercayai dan setia
Runtuhnya sebuah mahligai
Hancurnya sekeping hati hingga berkecai..

Bicaramu,
Dirimu tak layak
Untuk mendapatkan  kasih dan cintaku
Kerna katamu ku insan yg terlalu baik
Untuk dirimu millikki

Ya ALLAh tabahkan hati ini
Ku tahu kau hanya bermain kata
Kerana antara kita tiada dusta
Mungkin  ada satu peristiwa yang perlu kau cerita

Ku selidiki dan ku tanyakan dirimu
Rupanya ada insan lain yang dekat denganmu
Saat itu rebahku tiada bermaya
Hilang segala impian yang kita bina
Retak sebuah penantian

Memang benar
Ku tiada hak untuk menghalangmu
Mungkin dia jodohmu
Relakan segalanya dan melepaskanmu
Ku redha, Kebahagianmu
Adalah DOAKU…

:: 10 KiSah SaYa = so, awk leh terima ke?





1. Awk suke perempuan yang lemah-lembut tapi saya ni kadang -kadang kasar macam gangster cuma hati saya je lembut..

2. Awk kata awak suke perempuan yang tinggi, body lawa, free hair [rambut cantik ala-ala rebonding gi2] kalu leh nak berkale macam kena air karat tapi saya ni dh la debab, rendah je...[tapi saya bersyukur dengan kurniaanNYA] rambut sy neutral tak rebonding macam yang awk nak..Siap bertutup lagi..Awak nk tengok memang tak boleh la kerna hanya mahram saya je leh tengok.

3. Awak suke perempuan yang jage penampilan pandai bergaya...berfesyen ikut trend terkini.Tapi saya tak pandai bergaya...ape fesyen sekarang pun saya x taw.Saya pakai heel 1 inci pun boleh jatoh longkang...

4. Awak taw kan saya lulusan UiTM je bukan lulusan universiti terkemuka macam dia...

5. Saya ni orang kampung je..cakap omputeh pun belit lidah,,,,tak macam dia bergaya ala-ala bandar walaupun dia org kg gak..cakap omputeh pun sampai tersembur air liur huhuhu

6. Saya taw saya kerja biase je gaji saya pun kurang 4 kali ganda dari gaji dia tapi saya syukur sangat-sangat dah ALLAH berikan saya rezeki yang halal..

7. Saya tak ada keluarga yang kaya dan hidup mewah macam dia. Naek kete besar, rumah berbatu-batu. Awak nak ke terima keluarga saya yang macam tu? 

8. Saya tak ada handphone canggih mcm dia...Bukan macam dia. Siap pakai Iphone 4 lagi. Saya? Jangankan Iphone 4, klon Iphone 4 pun saya tak pernah pegang.

9. Rabun, pekak, pelupa. Kadang-kadang, saya tak ingat pun awak nama apa. Muka awak macam mana. Awak cakap apa pun saya tak dengar. Tak macam dia. Selalu ambil berat dekat awak.

10. Saya tak kuat. Saya selalu nangis. Teman saya air mata bukan macam dia. Tika saya susah, saya nak awak ada di sisi saya. Beri saya kekuatan...


:: Bila awak dah baca & taw semua ni awak leh terima saya lagi tak???? 



:: SeSuaTu YaNg TeRSeMBuNYi ::


:: “Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN

Supaya timbul rasa KESABARAN & KESYUKURAN

Setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN,
 
Setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN

Jika sesuatu  itu ditakdirkan untuk kita, 

Tak ada sesiapa pun yang boleh memberi HALANGAN,

 Namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, 

Pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam GENGGAMAN….”::


::TaRiKH iNi::BeNgang Sgt2::





20/01/2012

Tarikh ini
Dapat satu panggilan yang membuatkan kesabaran Mis Anna dh tahap KRITIKAL
sangat sangat sangat~
Sampai terketaq2 tahan tahan kesabaran:: bukan sindrom ok :)

Bila
orang yang bercakap 2 main cakap 'lepas' je
Mayb dia x blaja budi bahasa kot

Bila dh habis ckp & off hp
ape kes plak ni??? cu crite n x perlu ah nk cakap main lepas je..
Macam nak melarikan diri plak...
XDE RASE TANGGUNGJAWAB LANGSUNG
macam-macam la manusia ni kan...

Ingatlah walaupun kat dunia ni kite x taw sape benar & sape salah tp di Akhirat nanti kan terbukti segala KEBENARAN

Mood:: Bengang tahap cipan::Moga ALLAH berikan lebih lagi KEKUATAN & KESABARAN untuk Miss Anna

:: BeRSYuKURLa... UnTuK SeGaLaNYa ::



................
Hidup kita dalam dunia ini adalah utk BERSYUKUR...

Bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU kerana dialah org yg MENABAHKANMU..

Bersyukur pada orang yang MENIPU kamu kerana dia yg meningkatkan PENGETAHUAN kamu..

Bersyukur pada orang yang TAK ENDAHKAN kamu kerana dialah yang MEMUPUK kamu BERDIKARI......

Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah yang MEMPERHEBATKAN KEMAMPUAN kamu ..

Bersyukur pada orang yang MENYEKSA kamu kerana dialah yang MENGUJI KESABARAN kamu ..

Bersyukur dengan SEGALA UJIAN dariNYA, kerana semuanya MENINGKATKAN IMAN kamu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tiny Hand Purple Bow Heart

Di BaWaH TaJuK:

GiVeAwaY (1) HaTi BeRBiCaRa (59) JoM MaSaK (1) MyCeRPeN (4) MyM00D (23) SHaRiNg is CaRiNg (31) ViDeO LaGu (2) Wordless Wednesday (9)
COPYRIGHT©ALL RIGHT RESERVED BY ::MISANNAZUS 2012::