(◕‿◕) ♥ HaTi iNi ♥ (◕‿◕)

˙·٠●♥...... ˙·٠Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu... kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki...•●♥

Si Ch0MeL Yg KiUt - MiUt

MyEm0.Com MyEm0.Com ::KLIK BANNER UNTUK BUAT DUIT DENGAN MUDAH:: MyEm0.Com MyEm0.Com

:: TaNPa WANITA::



Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. 
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan Siti Hawa. .....

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. 
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, 
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. 
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, 
kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. 

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
 NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. 
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, 
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA 

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya. 

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. 
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. 
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. 

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan ALLAH. 
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Allah. 
Sebaliknya disitulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" lain. 
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan 
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. 

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN 
YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. 
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. 

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal ALLAH. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. 
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. 
Bila wanita derhaka ,dunia akan huru-hara. 
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. 
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. 
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, 

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. 

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. 

::JANGAN MENGHARAP ISTERI SEMULIA SITI FATIMAH AZ ZAHRA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEHEBAT SAYIDINA ALI QARAMALLAH IBNU WAJHAH::

1 comment:

IzZy said...

like this statement

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tiny Hand Purple Bow Heart

Di BaWaH TaJuK:

COPYRIGHT©ALL RIGHT RESERVED BY ::MISANNAZUS 2012::