(◕‿◕) ♥ HaTi iNi ♥ (◕‿◕)

˙·٠●♥...... ˙·٠Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu... kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki...•●♥

Si Ch0MeL Yg KiUt - MiUt

MyEm0.Com MyEm0.Com ::KLIK BANNER UNTUK BUAT DUIT DENGAN MUDAH:: MyEm0.Com MyEm0.Com

:: MUHARRAM::


Pada [Isnin] 9 Muharram & [Selasa] 10 Muharram merupakan hari bersejarah dalam kalendar Islam. 

Empat belas perkara sunat dilakukan pada HARI ASYURA (10 Muharram)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

 5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. 
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 

11.Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". 
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa.
 Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 


::SAMA-SAMALAH KITA BERAMAL::    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tiny Hand Purple Bow Heart

Di BaWaH TaJuK:

COPYRIGHT©ALL RIGHT RESERVED BY ::MISANNAZUS 2012::