ANTARA SAHABAT DAN PERSAHABATAN
ANDAINYA KU DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH KEDUA-DUANYA
AKANKU PILIH KEDUA-DUANYA
KERANA BAGIKU IA SAMA BEERTI DAN BERNILAI DALAM HIDUPKU
CINTA
SUATU UNGKAPAN YANG BELUM PASTI AKAN KEINDAHANNYA
KERANA DI SEBALIK KEINDAHAN CINTA ITU TERSIRAT SERIBU KEPAHITAN
PASTINYA AKAN MERENTAP JIWA
SEORANG PENCIPTA YANG SETIA
TATKALA IKATAN DIUNDANG KEKECEWAAN
NAMUN IA TETAP BETAH MENJEMPUT JIWA
YANG MENPUNYAI HATI DAN PERASAAN
HAKIKAT YANG TERSIMPAN DISEBALIK ANUGERAH INI
TAK TERUNGKAI DENGAN BICARA DI BIBIR
TAK TERGAMBAR DENGAN LAKONAN
BEGITU SYAHDUNYA KURNIAAN ILAHI
LAHIR DARI HATI SEORANG INSAN
BERAKAL, BEREMOSI, PENYAYANG DAN BERPERASAAN
PERSAHABATAN
SUATU IKATAN YANG LAHIR DARI HATI
KEINGINAN YANG IKHLAS
BAGI BERKONGSI TANGIS, TAWA, KASIH SAYANG SERTA KEAKRABAN
SESUNGGUHNYA SAHABAT TEMPAT BERBICARA SETULUSNYA
TENTANG IMPIAN DAN PENGERTIAN HIDUP INI
PERSAHABATAN YANG MURNI DAN SUCI
ADALAH SEBUAH HUBUNGAN YANG DISULAMI BENAN KEJUJURAN
DIWARNAI DENGAN KEIKHLASAN
DICURAHI DENGAN KASIH SAYANG
SEKIRANYA TERJADI GUNTING DALAM LIPATAN
ROBOHLAH TEMBOK KEJUJURAN DALAM PERSAHABATAN
MENGERTILAH MAKSUDKU INI
SESUNGGUHNYA YANG TERSIMPUL DI HATIKU KECILKU
SEJAK PERKENALAN KITA
KITA BINA TUGU PERSAHABATAN
YANG DIPAGARI BESI KEDEWASAAN
YANG TEGUH BERDIRI MEGAH DI LAMAN HATI KITA
TAK TUMBANG DEK RINTANGAN
HANYA SATU PINTAKU
AGAR KAU SENTIASA MENGINGATIKU…….
No comments:
Post a Comment