Salam all,
Arini mis anna nak 'share' info berkenaan Syaitan & Hidung...maklumat ni mis anna dapat dari email pg ni..Asal usul sebenarnye info ni xtaw ah dari mane....
Jom kite berkenalan dulu dengan syaitan & hidung <---- bg sape2 yang x kenal lg :)
Ni gambr SETAN yg sedang mengoda manusia..Ade mcm2 kaler setan ni bila search dari Google ...Yg pentg setan 2 memg bertanduk.... |
Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya (mancung ke, kemek ke, lepek ke) kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
berkembang megah bila dipuji ye dak.<------ betoi kan kan hehehe
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.
Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W selain dari bersugi.
Bayangkanlah semua syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin taw.
Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya;
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
Dan boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal...huhuhu
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata daripada ♥♥ mis anna ♥♥
"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"
No comments:
Post a Comment